[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 31-Aug-2009 19:58 Email | Share | | Bookmark
Cucu-cucuku & Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

 


Aiman Zuhairi adalah cucuku yang baru. Sementara Aina Zulaikha adalah kakak Aiman

...............................

Abg meor dan seisi keluarga mengambil kesempatan yang ada ini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan limpahan kasih sayang dari Allah. Kad ucapan ini abg meor hadiahkan buat semua sahabat dan pengunjung fp ini. Silalah ambil dan letak kat dada fp sahabat dan pengunjung semua jika sudi. Entry yang ini
takdelah award ye, tapi kepada yang ingin meninggalkan komen dan ucapan adalah sangat dialu-alukan. Terima kasih yang tak terhingga buat semua.



Tuesday, 25-Aug-2009 19:01 Email | Share | | Bookmark
Serba sedikit ole-ole dari utara

 











Lebih seminggu abg meor tak dpt nak menyapu sawang2 yg mula menyelubungi fp kerana sibuk dgn berbagai urusan. Di kesempatan ini abg meor upload serba sedikit gambar2 yg abg meor rakam ketika majlis perkahwinan anak sahabat kita Abg PI iaitu Sufian & Rina. Sebenarnya banyak lagi gambar yg abg meor ambil, tapi lebih tertumpu pada majlis perkahwinan. Cukuplah setakat ini dulu buat tatapan sahabat2ku semua. Abg meor ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Abg PI & family kerana telah memberi kepercayaan kpd abg meor untuk mengabadikan gambar2 sekitar majlis perkahwinan Sufian & Rina. Sesungguhnya abg meor sangat terhutang budi kepada Abg PI yg begitu baik dan pemurah. Hanya Allah saja yg dapat membalasnya. Sesungguhnya pemergian abg meor ke Pulau Pinang meninggalkan banyak kenangan yg manis. Dapat berjumpa sahabat fp/blog samada yg pernah abg meor jumpa mahupun yg baru pertamakali bersua. Tak puas rasanya berada di sana. InsyaAllah ada rezeki dan kesempatan lagi abg meor akan membawa family pula. Terimalah ole2 dari utara ini ...

.......................................................


Terima kasih Watie kerana memberi award ini. Abg meor suka sangat. Ni yg bersemangat nak mencopot ni
-------------------------------------------------------


** Klik pada award untuk mendapatkan saiz award yg sebenar **

Tahniah! Buat 4 komentor kita yg telah berjaya merebut salah satu dari 4 tempat yg abg meor tetapkan.
Terima kasih semua kerana telah sudi memeriahkan dada fp ini. Kepada yg masih belum berjaya tu jangan kecewa ye, cuba dan cuba lagi. Semoga persahabatan kita semua kekal abadi. I love you all


Monday, 24-Aug-2009 08:49 Email | Share | | Bookmark
Kad Ucapan Dari Sahabat Fotopages










Kat atas ni adalah di antara kad ucapan dari sahabat fp. Terima kasih yg tak terhingga atas ingatan tulus ikhlas yg telah diberikan. Hanya Allah saja yg membalas

------------------------------------------


** Klik pada award untuk mendapatkan saiz award yg sebenar **

Ini pula adalah 4 komentor yang telah berjaya merebut salah satu dari 4 tempat yang telah abg meor tetapkan. Tahniah! Buat Rina, Watie, Siti Hajar dan Sue. Terima kasih kerana sudi memeriahkan fp abg meor. Sahabat abg meor yg lain juga tetap berpeluang mendapat award dari abg meor tapi kenalah ready & stanby dengan menjenguk fp ini untuk melihat samada abg meor telah membuka entry baru ye. Love you all


Friday, 14-Aug-2009 14:35 Email | Share | | Bookmark
Custom Album Buat Salwa & Khairul

Sample of custom album layout







Abg meor baru je balik dari Pulau Pinang kerana mengabadikan gambar perkahwinan anak Abg Pemancing Ikan. Kini terimalah sebahagian dari contoh layout yang terdapat dalam custom album Salwa & Khairul.
Mulai dari entry Custom Album Buat Salwa & Khairul ini abg meor akan menghadiah award untuk komentor pertama, 10 & 30 dan mungkin juga komentor yang terakhir. Oleh itu sudi-sudikanlah meninggalkan komen dan rebutlah 4 tempat itu ye. Setakat ini Zai Kulim, Salleh dan Watie telah merebut 3 tempat, tinggal 1 tempat lagi. Siapakah dia??? Award akan abg meor beri setelah mengetahui komentor terkahir. Terima kasih yg tak terhingga kerana sahabat semua tak putus2 memberi sokongan, pandangan mahupun meminta pandangan serta tunjuk ajar. Abg meor amat menghargainya.

Award Best Riders

.
.
Sila klik pada award untuk mendapatkan saiz award yg sebenar ye.

4 komentor yg berjaya untuk entry kali ini adalah Zai Kulim, Salleharon, Watie dan Azueriena. Terima kasih yg tak terhingga buat sahabat yg telah berjaya. Sudi kiranya menerima award yg tak seberapa ini sebagai tanda kenangan. Kepada yg masih belum berjaya usah berputus-asa. Cuba lagi di entry yg akan datang ye


Sunday, 9-Aug-2009 09:53 Email | Share | | Bookmark
Mustaffa & Fida ~ Forever Love

 











Huhu lamanya tak menghapdet .. abg meor bz sekali akhir2 ni
Apapun, terimalah gambar2 perkahwinan sahabat satu tempat kerja abg meor ni
Pengantin : Mustaffa & Fida
Lokasi : Bangi & Putrajaya

Layannnn


Kali ini sahabat kita snappshooter telah berjaya menjadi komentor pertama untuk entry Mustaffa & Fida ~ Forever Love. Setinggi2 terima kasih dan tahniah! buat snappshooter (ehe nama sebenar tak tahu daa). Selalulah singgah kat sini ye


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net